Alejandro Mayorkas
Alejandro Mayorkas

Alejandro Mayorkas

Alejandro Nicholas Mayorkas (lahir 24 November 1959) ialah seorang peguam dan pegawai kerajaan Amerika Syarikat.Dilahirkan di Cuba, beliau dibesarkan di Los Angeles dan merupakan graduan Universiti California, Berkeley dan Sekolah Perundangan Loyola. Semasa pentadbiran presiden Bill Clinton, Mayorkas berkhidmat sebagai Peguam A.S. untuk Daerah Tengah California. Di bawah pentadbiran presiden Barack Obama, beliau bertugas di Jabatan Keselamatan Tanah Air, pertama sebagai Pengarah Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS (2009–2013) dan kemudian sebagai Timbalan Setiausaha (2013–2016).Pada tahun 2016, Mayorkas menjadi rakan kongsi di Wilmer Cutler Pickering Hale and Dorr, sebuah firma undang-undang di Washington, D.C.. Pada bulan November 2020, Presiden terpilih, Joe Biden mengumumkan bahawa beliau akan mencalonkan Mayorkas sebagai Setiausaha Keselamatan Tanah Air di bawah pentadbirannya.

Rujukan

WikiPedia: Alejandro Mayorkas http://articles.latimes.com/1998/oct/09/local/me-3... http://www.c-spanvideo.org/ https://www.cnn.com/2020/11/23/politics/biden-pick... https://abcnews.go.com/ABC_Univision/Politics/meet... https://abcnews.go.com/News/emotional-return-cuba-... https://books.google.com/books?id=c18EAAAAMBAJ&pg=... https://www.jpost.com/american-politics/alejandro-... https://www.reuters.com/article/uk-usa-biden-homel... https://www.washingtonpost.com/immigration/biden-d... https://www.congress.gov/nomination/106th-congress...